Alhamdulillah, Mission 1 telah berjaya di selesaikan. Kini aku bertekad untuk menyelesaikan Mission 2 (84.6kg) pula. Aku berazam untuk menyelesaika Mission 2 ini pada akhir bulan ini. Namun ada satu cabaran. Isteri aku akan datang dalam seminggu lagi, maka aku terpaksa korbankan diet aku untuk makan masakannya.... Memang mencabar, kerana dia akan berada di sini selama empat hari. Maka selama itulah dia akan memasak, dan aku pula akan makan dan makan dan makan dan makan....Oh!
Target untuk menyelesaikan Mission seterusnya adalah seperti berikut
Mission 3 (79.6kg) target selesai pada 15/2/09
Mission 4 (74.6kg) target selesai pada 28/2/09
Maka aku ada baki 30hari lagi untuk mendapatkan hadiah yang sedang menanti, iaitu mini laptop pada awal April 2009. (Hadiah itu bakal aku miliki setelah berjaya menurunkan berat badan sebanyak 20kg dalam masa 3 bulan. (Jan-Mac 2009)
Aku yakin aku mampu melakukannya.
Malah aku bertekad untuk menambah 2 lagi Mission, iaitu..
Mission 5 (69.6kg)
Mission 6 (64.6kg)
Iaitu, secara keseluruhannya adalah penurunan sebanyak 30kg.
sebenarnya alasan yang lebih utama mengapa aku bertekad untuk menyelesaikan Mission 1 hingga 6 adalah untuk memberi motivasi kepada adik2-adik aku, untuk melakukan perkara yang sama.
Ini adalah matlamat kesihatan aku pada tahun ini.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment