Saturday, March 8, 2008

HARI 1

Hari ini semangat itu datang lagi, setelah hampir 2 minggu seakan tenggelam di dasar lautan putus asa. Tiga bulan yang lepas, iaitu pada 1 Disember 2007 aku sudah memulakan langkah mengejar matlamat ini. matlamat untuk menjadi kurus. Tepatnya untuk mendapat berat ideal, dan untuk menjadi sihat, menjadi segar, menjadi ceria dan bertenaga.
Tiga bulan yang lepas berat badan aku mencecah 82kg(ukuran penimbang jarum). Dua minggu selepas itu naik kepada 87kg(ukuran penimbang digital seperti dalam gambar)
Penimbang digital berjenama terkenal ini (OSIM) aku beli di KL. Mempunyai fungsi mengukur kandungan air dan lemak dalam badan sekaligus. Aku cukup bersemangat. penimbang ini aku letakkan di sisi katil. Dalam sehari entah berapa puluh kali aku timbang. Adanya alat ini cukup membuat aku teruja, dan hasilnya aku pernah berjaya menurunkan berat badan sebanyak 5kg dalam seminggu. Malangnya itu cerita lepas.
Hakikatnya hari ini berat badan aku kembali naik. Naik dan terus naik sehingga hampir menyamai berat lama (87kg). Lihatlah gambar di atas itulah catatan petang tadi .
Kadang-kadang aku sendiri jadi hairan dari mana datangnya nafsu makan yang melampau itu. Tapi bila aku fikir-fikir, aku tahu puncanya. Daripada maklumat yang telah aku perolehi dari pembacaan dan kajian sejak beberapa tahun yang lepas. Aku sekarang sedang mengalami satu keadaan yang dipanggil "carbohidrat crave".
Nasib baik semangat untuk 'berjuang' timbul semula. Kali ini aku menggunakan strategi yang berbeza.Namun matlamatnya tetap sama iaitu untuk menjadi kurus dalam 100 hari. Tepatnya untuk membuang 2 kg lemak setiap minggu. InsyaAllah berhasil..!!!

No comments: