Saturday, March 15, 2008

HARI KE-9 (Mula masak sendiri)

Hari ini aku mula memasak sendiri. Pagi tadi aku goreng daging burger . Makan dengan roti dan kacang panggang. Oh! rasa seronok juga masak sendiri ni. Barang2 ini aku beli di pasaraya ekonjaya di jerteh. Sepanjang hari ini aku tak pergi ke kedai makan macam selalu. Bila rasa nak makan, aku segera ke dapur dan goreng daging burger itu. Sekali makan 4 keping. Satu pek itu isinya 20keping.Daging 'burger goreng' ini, sebenarnya dah separuh masak. Macam roti canai segera. Aku hanya perlu sapu planta dan goreng dalam beberapa minit saja. Dan selepas itu dah boleh makan. Kira-kira macam masak maggie juga la, cepat dimasak sedap di makan.










Masak untuk makan malam.
Panaskan 'Burger goreng'












Selepas 5 minit, sedia untuk dimakan..

No comments: