Thursday, April 10, 2008

HARI KE-37(Masih mencari formula)

Hari ini sudah masuk hari ke-37 aku berusaha menjadi kurus. Sehingga hari ini berat masih berlegar sekitar 84kg. Pada segi positifnya aku berasa selesa kerana aku sudah tidak memikirkan lagi untuk berlapar untuk kurus. Setiap hari aku makan sehingga kenyang, malah kadang-kadang sangat kenyang. Namun berat badan aku masih maintain dalam lingkungan 84kg, iaitu 2 kilo lebih rendah dari hari pertama.

Perkara ini berlaku kerana aku, jarang sekali membeli makanan di kedai. Aku hanya membeli bahan mentah, kemudia aku masak sendiri. memang lebih puas, menjimatkan dan berjaya maintain berat dari terus naik.

Sasaran aku sekarang adalah untuk memecahkan angka 84kg itu.

No comments: