Tuesday, December 30, 2008

Missionpossible 1 on progress

Sudah 2 hari berlalu untuk menyelesaikan Missionpossible 1. Target berat untuk dicapai adalah 89.6kg berbanding 94.6kg pada hari pertama. Hari ini skala penimbang sudah menunjuk ke angka 93.4kg, bermakna ada penurunan sebanyak 1.2kg. Ada lagi baki 3.8kg untuk aku selesaikan.

Selama dua hari yang lepas aku hanya makan makanan yang ada di rumah sahaja. Makan hanya bila terasa lapar. belum lagi merasa makan di kedai. Aku masih masih makan nasi, tetapi hanya 2 kali sehari, berlaukkan telur,keropok dan serunding daging yang isteri tinggalkan tempohari. Sebelum dia berangkat ke K.L, sempat goreng keropok dan di simpan di beberapa bekas plastik. Juga serunding daging yang di belinya dari rantau panjang.

Aku ingin sekali menyelesaikan Missionpossible 1 ini dalam tempoh seminggu.Pun begitu plan awal adalah untuk menyelesaikannya dalam tempoh sebulan. Namun aku yakin
segalnya possible jika ada kemahuan...

No comments: