Sudah hampir 1/2 tahun aku tidak update blog ini. Bermakna sudah begitu lama aku mengabaikan matlamat menjadi kurus. Tanpa disedar aku terasa semakin berat.Keadaan ini menjadi semakin ketara bilamana aku ingin bangkit semasa menunaikan solat.Akhirnya hari ini aku memberanikan diri untuk timbang dan OH!.....94.6kg!!!. Aku bertambah berat sebanyak 11.6kg sejak 6 bulan yang lepas. Malah ini merupakan berat yang paling tinggi sepanjang kehidupan aku selama 36thn...Oh! Maka aku faham sekarang mengapa kebanyakan orang yang sudah beristeri menjadi gemok.Aku sudah melaluinya dan kini aku sudah memahaminya.
MISSION aku adalah untuk keluar dari masalah ini.
MISSIONPOSSIBLE 1 (MP1) kurangkan 5kg menjadi 89.6kg (Jan 09)
MP2 kurangkan 5kg lagi menjadi 84.6kg(Feb09)
MP3 kurangkan 5kg lagi menjadi 79.6kg(Mac 09)
MP4 kurangkan 5kg lagi menjadi 74.6kg(April 09)
MP5 kurangkan 5kg lagi menjadi 69.6kg(May 09)
MP6 kurangkan 5kg lagi menjadi 64.6kg(Jun 09)
Kesimpulan:
1)Perlu menyelesaikan 6 MISSION dalam tempoh 6bulan
2)2 Mission sebulan (atau 6 mission dalam tempoh 3 bulan)untuk mendapatkan hadiah minilaptop daripada isteri...
adakah impossible?
Tidak. Ini adalah MISSIONPOSSIBLE.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment